
Font Log0

Head Logo
Idea untuk nama Taji ini diusahakan oleh aku (Wandy), dan 3 orang lagi sahabat iaitu Asang, Azhar dan Udin.
Dan sudah tentulah ianya bukan satu tugas mudah, apatah lagi ianya berkaitan dengan branding atau penjenamaan. Seperti yang kita faham tentang asas branding atau principal of branding ini sudah tentu antara elemen yang dititik beratkan adalah penggunaan nama yang bagus dan juga rekaan logo yang menarik. Dan paling efektif jika ianya mudah menerobos ke dalam ingatan seseorang. Rujuk beberapa logo popular yang ada disekeliling. Daripada Nike, Adidas ke tech company seperti Apple, Sony hinggalah ke lapangan streetwear di mana kita ada fashion iconic seperti A Bathing Ape (BAPE) dan juga Supreme. Sementara aku menyenaraikan beberapa nama ini sudah tentu minda anda semua aktif memaparkan visual mengenai logo logo yang aku sebutkan tadi.

Taji Ayam
Berbalik kepada nama Taji dan hubungkait dengan reka reka atur font logo Taji. Bagi mereka yang tiada bayangan langsung apakah itu taji, ianya berasal daripada taji ayam seperti gambar di atas. Simbol ini mendukung sifat berbentuk tajam. Secara ringkas, perlambangan ini membawa maksud sifat melawan, tidak mahu mengalah, agresif, dan maruah. Selain itu ianya juga boleh digunapakai dalam pengertian ”Stay Sharp”. Dalam dunia fesyen, stay sharp juga membawa maksud sentiasa menjaga keterampilan manakala menurut sudut psikologi, bermaksud sentiasa fokus. Nah, inilah sebab kenapa aku suka dengan penggunaan nama Taji. Sehingga tidak teragak agak untuk aku gunakannya sebagai nama jenama kami ini. Taji. Maka apakah pula “Stuff ” tu ? Yang ini simple. Idea ini agak random. Selain terinspirasi daripada salah satu brand favourite aku, Poler Stuff.
Baik, reka atur font logo taji jika dihalusi bersifat bersegi-segi dan tajam dengan masih menggunakan setiap huruf Taji itu sendiri. Ini aku kaitkan dengan pendukungan sifat tajam. Bersegi dan bersifat tajam juga memberikan penegasan. Serta reka atur bersifat condong itu memberikan visual bahawa terdapat movement/gerakan. Dengan erti kata lain, ada aksi. Untuk memberikan logo Taji kepelbagaian karakter. Ia juga ingin memberitahu bahawa kami ingin sentiasa bergerak maju ke hadapan dan tidak mahu berdiri statik sahaja. Progress.
Bagaimana pula dengan rekaan logo kedua Taji iaitu kepala ayam yang ada lidah berbentuk tangan itu ? Ayam jantan (rooster) dipilih kerana penggunaan Taji itu sendiri. Ini sangat terang terangan. Manakala lidah berbentuk tangan yang tersembul keluar itu pula mendukung maksud daripada peribahasa inggeris yang berbunyi, “Action Speaks Louder than Words” hence tangan tu keluar dari mulut (words) dan memperagakan signal (Action) menembak. Bermaksud, dalam apa jua hal, melakukan lebih bagus dan berkesan daripada hanya pandai berkata- kata.
Secara ringkasnya, Taji menitikberatkan progress. Kami mengaplikasikan gaya hidup yang sentiasa positif, dan dalam masa sama bersifat santai dan yakin diri. Taji mahu anda semua maju ke hadapan !!